Pages

Friday 7 October 2016

PENCURI PISANG

Actually harini kami dapat berita buruk, salah 1 kebun my husband kene curi pisangnya, dalam 100 pokok. Fuh. 100pokok pisang tanduk bukan benda kecil tau. Siap bawa lori ko ye penyamunπŸ˜‘Hati rase stress dan sakit juga, apatah lagi saya sendiri tengk kesungguhan my husband jaga kebun dia. Bukan sahaja kau curi pisang kami, pagar kebun pun kau tanggalkan ye penyamun πŸ˜‘ TAPI, bila husband share benda ni pada saya, benda pertama yang saya kata pada dia sebagai seorang isteri "jom jumpe bomoh" hahahahha πŸ˜‚ (orang tgh marah kan) tapi tu joke je, yela org tengah sedih, kena lah ade joke kan 😁.. Saya pesan pada suami "tiap benda yang jadi mesti ada hikmah, kalau kita nak marah sangat pun, benda dah jadi, bab hukuman, tu kita serah pada Allah, kita pula yang patut kita fikir sekarang, nak elak benda tu berulang, yela bila marah, idea2 akan muncul" bincang punya bincang, keadaan buntu, sebab lokasi kebun pisang suami agak tersorok, nak guna pagar elektrik pun susah, setelah sesi meluahkan perasaan, Allhamdulillah, kami dah ada trick camna nak elak pisang kami dicuri. Kalau setakat setandan 2 hilang, kami tak kisah pun sebab kami niat sedekah, mungkin orang teringin nak makan, tapi kalau dah beratus pokok siap pagar hancur, siap ada kesan bawa lori, mmg melampau lah penyamun ni, so kepada pencuri pisang, kami ada perangkap baru kami, hati2 masa melangkah 😎. Dan ayat last saya pada husband kat sebelah ni yang tgh menyagat ni "kita cari rezeki Halal dengan cara Halal, Allah mesti akan permudahkan urusan kite, yg dah jadi, tu biar Allah yg balas. Tak pe, hilang 100tandan pisang manetahu nanti ade orang nak oder 100kilo kerepek,"πŸ˜‡ okey sekarang nak sambung mengoreng kerepek ! Lupekan apa yg dah jadi, tapi rasa syukur sebab dah temui penyelesaian. Allhamdulillah. Lokasi kejadian : kemedor.

Pengoreng kerepek,
Fatin Fashiekin

No comments:

Post a Comment

HARGA BORONG KUIH TIRAM / KUIH LIDAH BUAYA / KUIH KAPAL TERBANG

 terdapat 3 jenis kuih tiram : 1) kuih tiram asli 2) kuih tiram pink 3) kuih tiram hijau lalan food membuat kelainan dengan menghasilkan kui...