Pages

Wednesday 1 February 2017

TIPS MULA BERNIAGA

Kalau awak amalkan,
Percayalah !
Bisnes akan terus berkembang dan lebih dihormati.


Pernah nampak tak kat wall facebook, ada yang menyindir, "kawan cari kawan hanya untuk jual produk".. ada kan ? Jika terjadi pada diri sendiri pun rasa tak selesa kan ?


So.
Untuk mula bisnes,


1) JANGAN SHOW OFF PADA SANAK SAUDARA DIAWAL PENUBUHAN
-awak gerak dulu, jangan kepoh-kepoh, cari market orang luar, bina kepercayaan dengan orang luar, bila respon dah baik baru publish. Sebab apa ? Orang hanya akan perasan diri kita bila kita dah berjaya.


2) JANGAN ASYIK-ASYIK IKLAN SURUH SAUDARA MARA / KAWAN UNTUK BELI
-sebab awak sedang memaksa, kalau orang beli pun untuk jaga hati, then TIADA REPEAT CUSTOMER. Bila berniaga, kita bukan nak sekadar ada sale, kita kena ada pelan. Tapi andai ada sahabat handai / saudara mara yg menyokong sila tulis dan ingat nama mereka, sangat sedikit insan positif kat malaysia ni, one day awak dah berjaya, balas budi mereka. Peace.


3) JANGAN TAKUT SALE TURUN
-adat berniaga ada naik dan turun, kalau turun cuba fikir apa yang kurang. Mungkin, awal tahun (naik sekolah) so ibu bapa fokus kewangan terhadap persiapan anak sekolah. So ? Fokus kat kalender tu, mark tarikh-tarikh wajib bertempur push produk


4) JANGAN SALAHKAN PRODUK
-baru sebulan bisnes dah mula tawar hati dengan produk yang dijual. Kalau anda ada sikap ini bermakna apa pun anda jual, tidak akan terjual. Produk tak salah tapi taktik awak salah. Cek balik, jual apa ? Untuk sapa ? Betul ke target market tu betul. Umpama dalam facebook kawan-kawan semua umur baru 19tahun tapi kita nak paksa mereka beli kereta, so tak mungkin terjual. Selidik semula.


Sekian 😇

No comments:

Post a Comment

HARGA BORONG KUIH TIRAM / KUIH LIDAH BUAYA / KUIH KAPAL TERBANG

 terdapat 3 jenis kuih tiram : 1) kuih tiram asli 2) kuih tiram pink 3) kuih tiram hijau lalan food membuat kelainan dengan menghasilkan kui...