Katakan saya membeli 1kg kerepek, jadi saya boleh bahagikan kepada 10 bungkus yang kecil jika setiap bungkus mempunyai berat 100gm. Boleh letakkan dalam 20 bungkus bagi setiap pejabat untuk sejenis kerepek. Jika ada 3 jenis kerepek pilihan, 3 x 20 bungkus = 60 bungkus. Sekejap sahaja tu boleh habis. Mungkin dalam anggaran seminggu sahaja bergantung kepada jumlah pekerja di pejabat tersebut. Katakan setiap bungkus harganya adalah RM3.50. Jadi RM3.50 x 60 bungkus = RM210 adalah pendapatan yang saya bakal dapat untuk seminggu. Itu hanya untuk satu pejabat, jika di hantar lagi ke beberapa pejabat yang lain? Mungkin 5 buah pejabat dalam masa seminggu saya boleh menjana RM210 x 5 = RM1050
jika semuanya habis dijual.
Mudah bukan? Yang penting adalah kerajinan dan minat untuk menjual. Sehingga bertemu lagi. Insya Allah saya akan kongsikan lagi pengalaman saya menjual produk lain pula.
Sent from my iPhone
No comments:
Post a Comment